sktbmkl.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT MALURI,
JALAN BURUNG KASAWARI, TAMAN BUKIT MALURI,
KEPONG,
52100 KUALA LUMPUR.

| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | LOGO SEKOLAH | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | BERITA TERKINI | ENROLMEN PELAJAR | AKTIVITI | KOKURIKULUM | KURIKULUM | MARQUEE | PANORAMA | PERASMIAN | SEJARAH | PENGUMUMAN | KEPUTUSAN UPSR | PAUTAN | BUKU PELAWAT | PANITIA BAHASA MELAYU | PANITIA BAHASA INGGERIS | PANITIA MATEMATIK | PANITIA SAINS | PANITIA PEND. ISLAM |

 

 

HEBAHAN KEMASUKAN KANAK-KANAK WARGANEGARA

KE TAHUN SATU

SESI 2012 DAN 2013

 

Kepada

Ibubapa / Penjaga

SK. Taman Bukit Maluri

Kuala Lumpur

 

Tuan/Puan,

 

HEBAHAN KEMASUKAN KANAK-KANAK WARGANEGARA KE TAHUN SATU SESI 2012 DAN 2013

 

Adalah dengan hormatnya merujuk surat Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur JPWP 700-8/1/1 Jld.2 (2) bertarikh 14 Februari 2011 berhubung dengan perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa gerakan pendaftaran kanak-kanak tinggal di Wilayah Persekutuan masuk ke sekolah bagi mereka yang lahir dalam tahun 2005 dan 2006 akan dijalankan seperti berikut:-

 

 Tarikh Gerakan Pendaftaran:  1 Mac hingga 29 April 2011

 (Setiap Hari Bekerja)

 Hari: i) Hari Isnin hingga Khamis

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

2.00 petang hingga 4.00 petang

ii) Hari Jumaat

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

2.45 hingga 4.00 petang

 

 

 

 

 

 

Dokumen pendaftaran yang perlu di bawa semasa pendaftaran:

 

i) Sijil Kelahiran (Salinan Asal dan 1 Salinan Fotostat)

ii) Bukti Alamat Tempat Tinggal dengan mengemukakan salinan bil (Elektrik/ Air/ Telefon/ Cukai) untuk tahun semasa. Bagi ibu dan bapa/ penjaga yang menyewa rumah, sila dapatkan surat perakuan daripada tuan rumah.

iii) 1 Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa / Penjaga.

iv) 2 Sampul Surat bertingkap (4” X 9”) & Setem 60 sen

 

 

Sekian, terima kasih

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

Saya yang menurut perintah,

 

( SAADUN BIN KASIM AMN.PPN.PJK )

Guru Besar,

SK. Taman Bukit Maluri,

Kepong,

52100 Kuala Lumpur.

 

 

 

 

PEMBELAJARAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET

 

Kepada,

Ibubapa/penjaga murid-murid

Tahun 1 hingga 6 SKTBM

 

Tuan/Puan,

 

Pembelajaran Interaktif melalui Internet Ke Arah Peluasan Sekolah Bestari.

 

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya dimaklumkan bahawa Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia telah menyediakan satu kaedah Pembelajaran Interaktif Melalui Internet yang dikenali sebagai Zoom-A bagi memenuhi hasrat kerajaan ke arah peluasan Sekolah Bestari.

 

2. Program Zoom-A ini terdiri daripada 3 pengisian utama:

a) Zoom A - Penjana Kecemerlangan Akademik

  (Terdapat melebihi 100,000 soalan latihan)

b) Galeri A - Gedung Ilmu Pengetahuan Sokongan

  (Pepustakaan digital dengan 12 jenis pengisian P&P)

c) Webmail - Dimensi Baru Komunikasi Global

  ( E-Mail peribadi pelajar)

 

3. Laman Web Zoom-A dapat dilayari melalui alamat laman web Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, http://www.gmgbm.com atau laman web zoom-A, iaitu http://www.zoom-a.com.

 

4. Sebarang kemusykilan boleh hubungi One Touch Education Sdn. Bhd. Melalui talian pertanyaan segera berikut:

a) 09-774 2144 atau 09- 748 2144 (10.00pg. – 10.00 mlm. setiap hari)

b) 09-744 3044 (10.00pg – 7.00 mlm. Sabtu – Khamis)

 

5. Setiap pelajar dari tahun 1 hingga 6 yang ingin melanggan program Zoom-A ini akan dikenakan yuran perkhidmatan sebanyak RM 10.00 setahun untuk mendapatkan kata laluan masing-masing.

 

6. Peluang keemasan ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pelajar dan ibubapa bagi mempertingkatkan ilmu menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Anugerahi anak anda hadiah istimewa kunci gedung ilmu menerusi program e-pembelajaran yang tercanggih di Malaysia. Temuilah kunci kejayaan anak anda melalui program yang terancang dan sistematik, dikendali khusus oleh guru panel soalan yang berpengalaman. Pastikan kegemilangan peperiksaan berpihak kepada anak anda hari ini juga melalui kepakaran barisan Pendidikan yang berpengalaman.

 

Sekian, terima kasih.

En. Saadun Bin Kasim AMW.PPN.PJK

Guru Besar

SKTBM 

 

*Sebarang pertanyaan tentang Zoom-A (aplikasi,pembayaran dll..) sila hubungi En.Zulkarnain

 

 

 

Type your content here


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: